Thursday 24 April 2014

23 April 2014 ---> Zara is 1 year 9 months

Assalamualaikum... 

Wah, lama betul x update blog. Bukan saja2 x nak update tp ada masalah dgn wifi. Ina guna hotspot wifi Green Valley Park. Beli kupon saja, tp wifi tgh problem masa tu. huhuhu.. Lps tu sibuk duk kemas rumah nak pindah. Skrg nie ina dah x duduk kat Bandar Tasik Puteri, Rawang lg. Ina dah pindah ke Batu Caves. Sbbnya husband jauh duk berulang alik nak pegi keje. Rasa x berbaloi plak duk kat rawang. Dgn kos minyak, tol & servis kereta. So ina & husband amik keputusan utk pindah rumah. Alhamdulillah, selesa sungguh duduk di rumah baru nie berbanding rumah lama. Nanti kita cerita pasal rumah ya. Hari nie nak cerita pasal anak dara ina yg semakin membesar. Alang2 tgh duduk kt rumah mak, so blh la upodate blog.
pelbagai aksi & gaya princess zara
Alhamdulillah, 23 April lps zara dah genap 1 tahun 9 bulan. Sekejap je masa berlalu. Tup2, dah 2 tahun zara nanti. So ari isnin lps pegi klinik utk check up zara. Just timbang berat je. Ukur tinggi x de plak. Masa timbang berat, berat zara naik 200g je. X byk sgt pun naik. Alhamdulillah, naik jgk walaupun sikit. So skrg berat zara dh 9.2kg. Ramai org ckp zara dh kurus. X pe la zara. Janji zara sihat, aktif & cukup makan. Zara nie kdg2 mmg kuat mkn. Tp berat x nak naik dgn jayanya. Mungkin metabolisma zara tinggi. Apa2 pun mama bersyukur sbb zara sihat & aktif. Zara skrg nie dah pandai bercakap. Dah banyak perkataan yg zara pandai sebut. Antaranya ialah monyet, tok wan, tok, acu, angah. Zara pun dah pandai buat bunyi haiwan. Kalau kita sebut nama haiwan tertentu zara akan buat bunyi haiwan tu. Cepat zara belajar. Alhamdulillah. Zara skrg dah pandai marah kalau kita marah dia. Kalau ina marah mesti dia akan cubit @ cakar muka ina. huhuhu... Mmg sakit la kalau kena cakar. Kalau dia x cubit @ cakar, dia akan tunduk je muka kalau kita marah. Senyap je masa tu. Kalau kita senyum baru dia senyum @ ketawa blk. Mcm2 kerenah zara skrg nie. Kalau dia buat kerenah yg kurang baik, hilang jgk kesabaran. Mmg jd seorg ibu nie kena kuat bersabar. Mmg pelbagai kerenah anak semasa anak sedang membesar nie. Semoga ina kuat & diberi kesabaran yg tinggi dlm melalui proses pembesaran zara. Ina rasa bahagia sangat bila lihat zara membesar dgn baik & sihat. Semoga zara menjadi anak yg cpt belajar, berjaya di dunia & akhirat, mendengar kata mama & daddy serta sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin
berselfie dgn daddy

Friday 21 March 2014

Happy 3rd Anniversary

Assalamualaikum...

Waaaaaa, baru dpt update blog. Wifi tgh problem. X tau la sbb apa. Geram betul. Nie pun update guna tab. X bestnya update blog guna tab. Rasa lmbt je nak menaip. Huhuhu... Tp nak update punya pasal terpaksa jgk gagahkan diri.

Ok la, sebenarnya nak cerita pasal anniversary yg ke 3 hari selasa lps. Alhamdulillah, dah 3 thn usia perkahwinan yg dibina. Dlm 3 thn pelbagai dugaan, cabaran, rasa manis, pahit, masam, masin & mcm2 lg yg kami suami isteri lalui. Biasa la asam garam berumahtangga. Alhamdulillah, semuanya dpt dilalui dgn tabah & sabar. Malah semua dugaan yg Allah berikan ada hikmahnya. Kasih syg kami suami isteri semakin erat. Ditambah dgn cahaya mata yg Allah berikan membesar dgn sihat & sempurna. Zara merupakan pengerat kasih syg kami suami isteri. Semoga rumahtangga yg kami bina berkekalan hingga ke jannah, dikurniakan zuriat yg soleh & solehah, diberkati oleh Allah s.w.t, dimurahksn rezeki & diberi kebahagiaan di dunia & akhirat. AMIN
Sweet moments husband & wife
Puteri kesayangan kami 



Friday 14 March 2014

Simple Banana Puff

Assalamualaikum.....

Simple banana puff. Itu la tajuk yg diberi. Mmg simple banana puff yg ina buat nie. Hanya menggunakan roti gardenia je. So sapa2 yg ada lebihan roti gardenia yg dah x larat nak makan @ dah nak expired, blh la buat banana puff. Nak ganti dgn epal pun blh jgk. Bahan2 pun mudah. X de guna tepung bagai. Hanya guna pisang, roti gardenia & minyak. Sebenarnya ina buat utk zara. Sekali masa tgh duk buat tu zara dah melantak sebiji pisang. So sikit je la dia mkn banana puff yg ina buat. So mama la yg menghabiskannya. Tp mmg sedap tau. 
Mula2 lenyek beberapa biji pisang yg dah masak ranum. Ina guna pisang dole. Lepas tu amik beberapa keping roti. Buang bahagian tepi ya. Kemudian letak pisang yg telah dilenyekkan tadi di tengah2 roti & kemudian lipat roti tersebut. Hati2 masa melipat supaya pisang x terkeluar. Tekan kuat2 bahagian tepi dgn jari supaya bahagian tepi melekat & x terbuka. Lepas tu tekan lg dgn garfu. Akhir sekali goreng dgn minyak yg panas. Goreng dgn api yg kecil. Balik2kan supaya roti x hangus. Goreng sehingga kekuningan. Angkat & toskan minyak. Ok, siap. Makan masa panas2 sbb terasa kegaringannya. Selamat mencuba. (^_^)

Anak Daraku Yang Suka Makan Jagung

Assalamualaikum....

Allahuakhbar. Hari nie dah masuk hari ke 7 pesawat MH370 hilang tanpa khabar berita. Pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum menemui jawapannya. Entah apa nasib anak kapal & para penumpang. Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa sebenarnya yg telah berlaku kepada pesawat MH370. Apa2 pun kita teruskan berdoa agar anak kapal & para penumpang berada dlm keadaan selamat di bawah lindungan Allah s.w.t. Sesungguhnya ini adalah satu ujian yg Allah berikan kepada kita. Setiap ujian & dugaan pasti ada hikmahnya. Semoga keluarga semua mangsa yg terlibat tabah menghadapinya. AMIN.....

@ Nando's AEON Jusco
Ok la, skrg nie nak cerita pasal anak dara ina. Sapa lg kalau bkn si comel zara. Zara skrg nie suka sgt mkn jagung rebus. Kalau beli jagung rebus mesti 1 tongkol abis kat dia sorang. Ina jarang beli jagung rebus. Yang blh tau zara suka mkn jagung masa beli jagung rebus kat pasar mlm. Hubby beli masa tu. Sekali bagi kat zara. Bersungguh2 zara makan. Mula2 separuh dia mkn. Lps dah habis, mintak lg separuh. So mmg setongkol jagung rebus zara makan. Sejak tu kalau pegi pasar mlm mesti beli jagung. Mmg abis zara makan. Bila tanya zara nak jagung x??? Zara pun jawab dgn ayatnya. "Nak agung". Fuhhhhh, nampak gayanya jagung rebus dah jd favourite zara la. X pe la zara. Mama pun suka tgk zara makan banyak. Alhamdulillah. 



Tuesday 11 March 2014

Spaghetti Goreng

Assalamualaikum......

Spaghetti goreng tajuk utk entri mlm nie. Ina buat utk breakfast hari sabtu lps. Bahan semua dah ada. So terus rebus spaghetti. 1st time buat. Mmg sedap. Alhamdulillah, hubby pun cakap sedap. Senang je nak buat spaghetti goreng nie. Sama mcm buat mee goreng. So, jom tgk segala bahan yg ina gunakan utk memasak spaghetti goreng. 

BAHAN-BAHAN:
spaghetti
isi ayam
cili kering
bawang kecil
bawang putih
carrot
brokoli
bunga kobis
celery
tomato
minyak
telur
garam gula

CARA-CARANYA:
Mula-mula rebus spaghetti sehingga lembut. Kemudian toskan. Sementara tu kisar cili kering besama bawang kecil & bawang putih. Sebelum tu rebus cili kering jugak ya sehingga kembang. Lepas tu tumiskan cili kering dgn minyak yg tlh dipanaskan. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan sedikit garam & gula. Kemudian masukkan pula isi ayam. Biarkan sehingga isi ayam masak. Lepas tu masukkan sayur carrot, brokoli, bunga kobis, tomato & celery. Masukkan spaghetti yg telah ditoskan tadi. Kacau spaghetti hingga sebati. Akhir sekali masukkan telur. Tunggu seketika sehingga telur masak. Lepas tu tutup api. Ok, dah siap utk dihidang. 

Agar-Agar Laici

Assalamualaikum.....

Hmmmmm, hari nie dah masuk hari ke 4 pesawat MH370 hilang. Mmg suungguh misteri dgn kehilangan MH370. Semua org tertanya2. Malah timbul pelbagai spekulasi. Antara nak percaya @ tidak. Hakikatnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg tlh berlaku kpd MH370 yg membawa 227 org penumpang & 12 org anak kapal. Apa2 pun kita sebagai rakyat yg prihatin teruskanlah berdoa agar kesemua mereka berada dlm keadaan selamat. Smga ahli keluarga mangsa yg terlibat tabah & sabar dgn ujian yg tlh Allah berikan. Amin....

Ok la, sebenarnya ina nak share resepi agar-agar laici yg ina buat. Dah lama buat, tp baru nak update. X de mood nak update blog skrg nie. Dlm fikiran mcm2 persoalan yg timbul pasal MH370. Ina sentiasa mengikuti perkembangan kehilangan MH370. Allaahuakbar. Hmmmm, nak menaip pun dah malas. Jom kita tgk bahan yg ina guna utk buat agar-agar laici. Ina x ingat ina amik resepi dari mana. Tp mmg sedap agar2 nie. Masuk bakul angkat sendiri. hihihihi....

BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar (20g)
1 tin laici
1 tin @ 400 ml susu cair
gula secukupnya
1000 ml air

CARA-CARANYA:
Mula-mula masak agar-agar dgn air. Masak sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula secukupnya. Agak-agak manis la ya. Sementara tunggu agar-agar masak, potong laici kecil-kecil. Nak blend laici pun blh. Ina potong kecil-kecil sbb baru 1st time buat. Lepas nie kalau nak buat lagi, ina rasa nak blend laici separuh supaya lebih terasa laici kat dalam agar-agar. Campurkan sedikit air laici yg kat dalam tin tu ke dalam agar-agar yg telah dimasak. Masukkan susu cair & laici. Masak sekejap. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Mmg sedap makan masa sejuk. Yummy..... (^_^)

Monday 10 March 2014

Kronologi Kehilangan Pesawat MAS, MH370



8 MAC 2014 (SABTU)


  • 12.41 am: Pesawat MH370 – Boeing 777 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing dan dijangka mendarat pada pukul 6.30 am.
  • 2.40 am: Pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang di ruang udara Vietnam.
  • 10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China. Disahkan tidak benar oleh pihak MAS tidak lama kemudian.
  • 12:00 pm : CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam satu sidang media, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza. Penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria.
  • 12.45 pm: Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore.
  • 1.00 pm: China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
  • 2.00 pm: Senarai penumpang didedahkan kepada umum (Sinar Harian).
9 MAC 2014 (AHAD)
  • 3.15 am: Pihak berkuasa Itali dan Austria mengesahkan bahawa nama rakyat mereka, Christian Kozel (Austria) dan Luigi Maraldi (Itali) yang tersenarai sebagai penumpang sebenarnya tidak menaiki pesawat tersebut. Kedua-duanya mengesahkan bahawa pasport mereka dicuri di Thailand sebelum ini.
  • 1.00 pm [Kemaskini]: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.
  • 2.00 pm [Kemaskini]: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
  • 3.00 pm [Kemaskini]: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan ada kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran rekod rakaman radar tentera yang telah disiasat.
  • 8.00 pm [Kemaskini]: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa siasatan dalaman akan dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. ”Saya masih hairan tak kan (pegawai imegresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,”
  • 9.00 pm [Kemaskini]: Pentagon mengesahkan tiada sebarang letupan yang berlaku di Laut Cina Selatan berdasarkan data yang mereka ada.

Wednesday 5 March 2014

Ikan Siakap Stim

Assalamualaikum....

Cuaca sekarang nie panas sgt. Walaupun angin kuat. Tp masih terasa panasnya. Semalam hujan jgk kt tempat ina tinggal. Alhamdulillah. Hari nie pun jerebu dah kurang. Apa2 pun kena bersyukur dgn apa keadaan yg Allah berikan. Ok la. Ptg2 mcm nie ina nak cerita pasal menu utk lunch tgh hari td. Ina masak ikan siakap stim. Nie la 1st time ina masak siakap stim. Selalunya masak 3 rasa. Alhamdulillah, menjadi & sedap. Resepi ina amik dari blog Potret Kasih. Terima kasih ya tuan tanah sbb sudi share resepi. Lepas nie blh la makan ikan stim je sbb mudah & sedap. Zara pun suka mkn. Siap tambah nasi lg. Daddy plak siap ckp lps nie kalau mkn kat luar kita order ikan stim. Asyik mkn tom yam je. Mmg x pernah order ikan stim pun. So lps nie blh la try ikan masak stim kat luar. 
Ikan siakap stim
BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 batang serai (diketuk @ dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci hali (dihiris)
1-2 biji limau nipis. (ina guna limau kasturi)
2-3 biji cili padi - optional (ina x letak)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu makan sos ikan @ sos tiram (ina guna sos tiram)
sedikit garam & gula
sedikit salted vegetable (dihiris) optional (ina x letak)
sedikit hirisan carrot
sedikit air
sedikit daun sup @ ketumbar (dihiris) - ina ganti daun celery

CARA-CARANYA:
Sediakan pengukus. Jerangkan air dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas @ loyang. Ina guna pengukus elektrik. Hadiah kawin gitu. hihihihi
Lumurkan ikan dgn garam. Kemudian letak dlm bekas td. Taburkan hirisan halia, bawang putih & serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara tu satukan air bersama sos tiram & gula. Bancuhkan.
Kemudian buka penutup pengukus & masukkan tomato, salted vege (jika suka) serta air yg telah dicampur dgn sos tiram tadi. Kukus lg dlm 5 minit.
Akhir sekali masukkan jus limau & cili padi. Ina x letak cili sbb zara mkn sekali. Kacau perlahan. Jika kurang masin blh tambah garam.
Kukus lagi dlm 2-3 minit. Taburkan hirisan daun sup.
Hidangkan & sedia dimakan bersama nasi putih. Mmg terbaik. Blh buat lg lps nie. (^_^)


Homemade Cheezy Cheese Balls Untuk Zara

Assalamualaikum....

homemade cheezy cheese balls
Hari nie nak kongsi resepi kudap-kudapan yang ina buat utk zara. Sebenarnya dah lama ina buat. Tapi br nak tempel resepi kat sini. hihihi.... Senang je nak buat homemade cheezy cheese balls. Ina guna labu. So yang nie dipanggil versi labu. Zara pun suka makan. Mama pun tumpang makan sekali. hohoho..... Nampak gayanya ina kena buat lg lps nie. Ingat nak try buat versi potato plak. Apa2 pun jom kita tgk bahan yang ina guna utk buat pumpkin cheezy cheese balls.

bahan utama
BAHAN-BAHAN:
labu secukupnya 
tepung gandum secukupnya
telur
serbuk roti (homemade)
cheese (ina guna slices cheese)
minyak

CARA-CARANYA: 
Mula2 rebus @ stim labu sehingga lembut. Kemudian lecek2kan labu sehingga hancur. Masukkan pula tepung secukupnya. Agak2 bebola blh dikepal. Lepas tu bentukkan bulat2 & buat lubang di bahagian tengah. Masukkan cheese yg telah dipotong kecil2. Tutup kembali lubang. Gelek bagi bulat semula. Kemudian celup dlm telur. Telur nie ina campur je telur kuning & telur putih. Lepas tu gaul dlm serbuk roti. Serbuk roti ina buat sendiri. Nanti ina bg tau mcm mana nak buat Homemade Breadcrumbs. Akhir sekali goreng dlm minyak yg panas. Goreng sehingga kekuningan. Siap. (^_^)
sedia utk digoreng

Nasi Ayam Penyet Sedap @ AEON Rawang

Assalamualaikum....

Mlm td pegi Aeon @ jusco Rawang. Nak beli brg2 dapur. Sebelum tu dinner dulu. Kita org dinner nasi ayam penyet kat food court.Alhamdulillah, setakat nie rasanya nie la nasi ayam penyet yg paling sedap ina makan. Hubby pun ckp sedap. Ayam berempah dia mmg sedap. Besar plak tu ayamnya. Nasi pun sedap. Ada ulam lagi. Harga pun RM9.90. Mmg berbaloi dgn harganya. Selalunya kalau pegi jusco rawang mmg ina akan order nasi ayam penyet. hihihihi (^_^)
nasi ayam penyet
zara & fresh milk combo
Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...